Thursday, September 3, 2009

Keajaiban.......mampukah anda menghadapinya?



Manusia adalah insan yang mengimpikan segala sesuatu yang membahagiakan di dalam hidupnya. Sebaik sahaja mereka boleh berfikir untuk menilai sesuatu yang baik, maka bermulalah episod baru dalam hidup mereka yakni merancang..merancang dan merancang. Dan pastinya semua rancangan itu adalah yang baik-baik dan indah-indah belaka.

Namun perlu diingat, kita ini hanyalah insan biasa yang tahu merancang sahaja semata-mata. Tak terdaya oleh kita walau sekuat manapun kudrat yang ada untuk dapat memiliki sepenuhnya apa yang telah dirancang. Ini kerana yang menentukan apa juga yang terjadi dan ada didalam hidup kita hanyalah oleh Tuhan yang satu.

Oleh itu, Jangan berjalan sendirian dalam merancang perjalanan kehidupan kita tanpa memohon petunjuk dari yang maha esa. Selain itu, redhalah dengan segala ketentuanNya, bersyukurlah dengan apa juga yang ada dan paling penting, hargailah dan hormatilah mereka yang kurang bernasib baik

1 comment: